Biografi Rodrigo Chaves Robles

Chaves Robles telah dilahirkan di daerah metropolitan Carmen, di kanton tengah San José, pada 10 Jun 1961. Beliau memperoleh Ph.D. dalam bidang ekonomi dari Ohio State University . Sebelum pelantikannya sebagai menteri, beliau bekerja sebagai pengarah negara Bank Dunia untuk Indonesia dan negara-negara Amerika, Eropah dan Asia. [2]

Pada tahun 1992, sebelum menamatkan pengajian di peringkat PH.D., beliau telah menerima tawaran daripada Institut Pembangunan Antarabangsa di Universiti Harvard untuk menjalankan penyelidikan lapangan mengenai kemiskinan, kemiskinan luar banda, perusahaan mikro dan perusahaan sederhana di Indonesia . Apabila beliau menamatkan ijazah kedoktorannya, Bank Dunia menawarkannya pekerjaan bagi penerbitan penyelidikannya. [3]

Chaves mengumumkan persaraan beliau sebagai pegawai Bank Dunia untuk kembali ke Costa Rica kerana beranggapan bahawa jika beliau memohon cuti, akan terdapat konflik berkepentingan disebabkan tugasnya yang memerlukan beliau berhubung dengan organisasi tersebut. Namun begitu, pada Ogos 2021, apabila laporan dakwaan gangguan seksual terhadap Chaves diketahui, ia dilaporkan berkemungkinan menjadi punca peletakan jawatannya dari Bank Dunia. Tribunal pentadbiran Bank Dunia melaporkan bahawa siasatan dalaman mendapati bahawa dari tahun 2008 sehingga 2013, Chaves telah ganggaun seksual ke atas beberapa pekerja bank. Butiran tersebut telah diulangi oleh jabatan sumber manusia bank tersebut dalam surat kepada Chaves, tetapi ia memutuskan untuk memberikan sanksi kepadanya kerana salah lakuknya dan bukannya gangguan seksual. Chaves menafikan semua pertuduhan gangguan seksual yang dihadapinya. [4]

Rujukan

WikiPedia: Rodrigo Chaves Robles https://www.crhoy.com/nacionales/6-entidades-publi... https://www.crhoy.com/nacionales/ministro-de-hacie... https://www.entornointeligente.com/rodrigo-chaves-... https://latinarepublic.com/2022/02/25/what-you-nee... https://news.outlierlegal.com/2022/03/03/costa-ric... https://www.reuters.com/article/us-costa-rica-elec... https://www.reuters.com/world/americas/costa-rica-... https://www.reuters.com/world/americas/costa-rican... https://www.rodrigochavespresidente.com/ https://semanariouniversidad.com/pais/ocho-cambios...